MALAYSIA VS INDONESIA

MALAYASIA VS INDONESIA
(bermulanya peperangan siber)
cik mulut murai terpanggil untuk menulis entry ini..
Kenapa,
Sebab cik mulut murai tertanya2 kenapa ada segelintir rakyat Indonesia yang tidak berpuas hati dengan Malaysia,
Apa yang Malaysia sudah buat sehinggakan mereka tidak berpuas hati??
Kalau mereka tidak berpuas hati kerana Malaysia telah memenangi bola sepak piala aff 2010 dahulu.
Cukuplah. Hentikanlah provokasi Malaysia menggunakan laser. Mereka tidak puas hati kerana itu. Bukankah mereka yang menggunakan laser dahulu,masakan tidak semasa Malaysia kalah dengan Indonesia 5-1 penjaga gol Malaysia Sabrene Alawi telah dipanah laser. Adakah rakyat Malaysia kecoh??
Sudah ternyata mereka yang memulakan tindakan itu dahulu. Terimalah sahaja kekalahan mereka pada piala aff dahulu,permainan bola ini ada menang ada kalah.
Malaysia menang piala aff dahulu bukan kerana luck yang di cemuh oleh rakyat Indonesia. Malaysia menang kerana usaha gigh yang dilakukan oleh pemain2 malaysia. Lihat sahaja kekentalan NorShahrul Idlan  Talha,Safee Sali,Safiq Rahim,S.Kunalan dan rakan2 seperjuangan yang lain bermain bermati2yan untuk merebut piala AFF. Ini bukan luck,tetapi usaha dan kerja keras pasukan dan jurulatih pasukan Dato K. Rajagopal.
Janganlah propagandakan semua ini wahai rakyat Indonesia. Kalau kamu rasa sanggat bahawasanya kamu boleh tunggu sahajalah piala AFF Suzuki tahun hadapan. Kalau kamu rasa layak rampas la piala itu,tapi pada tahun hadapanlah. Tapi jangan lah pulak bila kalah kamu mengata Negara kami lagi.
Dan juga cik mulut murai rasa pelik kenapa rakyat Indonesia menggelarkan Malaysia sebagai pencuri kebudayaan mereka. Ini pun mahu menjadi isu ke.
Mereka tidak sedarkah rakyat merekaa banyak datang ke Malaysia dan mencari sesuap nasi di sini,tetapi mahu mengkeji dan menghina Malaysia.
Mereka seakan lupa mereka pernah menghadapi bencana dahulu siapa yang menolong untuk membantu mereka pada ketika itu. Kenapa mereka masih lagi tidak tahu bersyukur. Rakyat Malaysia tidak kira kaum atau bangsa sanggup menolong mereka. Kami di sini berasa simpati ke atas mereka. Tetapi masih menggelarkan kami anjing. Mintak maaf lah ya,saya menceritakan sesetengah warga Indonesia sahaja bukan semua. Sebabnya saya ada juga bebarapa kenalan orang Indonesia,meraka baik,menghormati orang. Selalu memuji Malaysia. Katanya Malaysia ini adalah Negara yang berdemograt. Tidak ada rusuhan yang berleluasa. Tapi sesetengah lagi itu….
Sebenarnya cik mulut murai cukup terkilan dengan apa yang mereka yang mencumuh,kononya mengatakan Malaysia ini Negara jajahan orang putih. Ya memang kami pernah dijajah,disebabkan Negara kami pernah dijajahlah Negara kami menjadi Negara yang sama taraf dengan negara luar. Negara kami bukan seperti katak duduk dalam tempurung.
Kemajuan dan infrastutur Negara kami sudah sama level dengan Negara luar. Lihat sahaja negar kami yang sudah mula berkembang dan banggunan nya sudah tinggi2.
Bangga dengan memiliki KLCC,ada anak melayu pertama pergi angkasawan dan macam2 lagilah.
Apakah yang kamu ada dengan mengutuk dan mengeji Negara kami. Mengutuk dan mengatkan Negara kami miskin,tetapi rakyat Indonesia sendiri yang banyak datang ke Malaysia mencari perkerjaan di Malaysia .
Inipun yang kamu mengatkan bahawa kami Negara miskin macam sampah. Kalau kamu tidak berpuas hati pergilah jumpa perdana menteri kamu dan suruh menteri kamu hantar usul ke perdana menteri kami.
Itulah Negara kamu tidak maju dan selalu mencari salah pada kami. Negara yang mentalitinya cukup cetek. Mintak maaflah ini gara2 saya terbaca di page skuad bola sepaka Malaysia dan juga persatuan boala sepak Malaysia (FAM) ramai indon2 yang mengutuk Malaysia . sebagai waganegara Malaysia cik mulut murai cukup terkilan dan berasa sedih dengan metaliti orang seperti ini.
Kalau nak cerita banyak lagi,tapi cukuplah setakat ini.
 harap2 mereka yang mempunyai pemikiran sebegini dapat mengubah agar tidak berfikiran lagi sempit.

Tiada ulasan:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..